Monday, October 1, 2012

Rancangan Pengajaran Harian Bahasa Melayu Tahun 5


RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN BAHASA MELAYU TAHUN 5 CEMERLANG
Mata pelajaran          : Bahasa Melayu
Tahun                                    : 5 Cemerlang
Bilangan Murid        : 21 Orang
Tema                          : Benda
Tajuk                          : Benda-benda yang ada di sekeliling
Tarikh                         : 28 Ogos 2012
Masa                          : 60 Minit

Hasil Pembelajaran:
Fokus utama:
6.5 Membaca pantas secara imbasan untuk mendapatkan maklumat khusus.
     Aras 1 (i) Membaca dan mencari fakta yang relevan.
Fokus sampingan:
2.2 Melaporkan sesuatu perkara dengan menggunakan bahasa yang sesuai dan tepat.
     Aras 1 (i) Mengemukakan data yang diperoleh tentang sesuatu perkara.
Fokus Sampingan:
9.1 Mengambil imlak teks yang diperdengarkan
     Aras 1 (i) Mengeja dan menulis perkataan dan rangkai kata yang dibacakan.

Objektif : Pada akhir pembelajaran, murid-murid dapat:
I.              Murid dapat melaporkan perkataan-perkataan penjodoh bilangan yang diperolehi daripada video.
II.            Membaca petikan dan mencari perkataan-perkataan atau frasa penjodoh bilangan.
III.           Mengimlak dan menyemak dalam kumpulan.
Kemahiran Bahasa : Kemahiran lisan, membaca dan menulis
Sistem Bahasa : Tatabahasa, sebutan dan intonasi
Ilmu : Bahasa Melayu
Nilai : Bekerjasama, keyakinan, menghormati dan menghargai
Kemahiran Bernilai Tambah (KBT)
Kemahiran Berfikir : Menjana idea
Kemahiran Belajar : Menerima maklumat, memproses dan melaporkan
Kecerdasan pelbagai : Intrepersonal, interpersonal dan verbal-linguistik
Pengetahuan Sedia Ada :
Murid mempunyai pengetahuan mengenai penggunaan penjodoh bilangan.
BBM : Lembaran kerja, teks petikan, buku latihan dan alat tulis, kad perkataan dan bunga.
Strategi : Berpusatkan murid dan bahan
Kaedah/teknik : Koperatif

Isi pelajaran
Aktiviti pengajaran dan pembelajaran
Catatan
Murid akan melihat sekuntum bunga, sejambak bunga beberapa benda lain.


Soalan guru:
1.    Apakah nama bagi setiap benda/barang yang cikgu tunjukkan?
2.    Berapakah bilangan benda/barang yang cikgu pegang dan tunjukkan ini?

Set induksi (5 minit)
-       Guru akan menunjukkan sekuntum bunga dan sejambak bunga kepada murid-murid.
-       Kemudian, murid diminta menyatakan nama bagi setiap satu item yang ditunjukkan.
-       Guru menyatakan kepada murid bahawa terdapat penjodoh bilangan bagi setiap jumlah bilangan item yang ada.
-       Guru akan menjelaskan tujuan aktiviti dan tajuk pengajaran yang akan dipelajari pada hari ini ialah penjodoh bilangan.

BCB :
Mendengar dan menjawab secara aktif

BBM : Bunga

2.2  Aras 1
(i)  Mengemukakan data yang diperoleh tentang sesuatu perkara

 Video
“Mari belajar penjodoh bilangan”
Langkah 1 (15 minit)
-       Guru akan membahagikan murid-murid kepada 5 kumpulan di mana setiap kumpulan mempunyai 5 orang (1 kumpulan akan mempunyai 6 orang ahli).
-       Guru akan menayangkan video “Mari belajar penjodoh bilangan” dengan menggunakan LCD Projector mengenai penjodoh bilangan.
-       Murid akan mengenalpasti penjodoh bilangan di dalam video tersebut.
-       Kemudian, setiap kumpulan akan membentangkan penjodoh bilangan yang mereka dapati berdasarkan tayangan video tersebut
-       Kumpulan yang mendapat jumlah penjodoh bilangan yang paling banyak/betul akan dinyatakan sebagai kumpulan terbaik.


KB : menghubungkaitkan,
menjana idea

BCB : memproses
maklumat dan melaporkan
maklumat.

KP : verbal linguistik, naturalis,
intrapersonal, interpersonal

Nilai : kerjasama, hormat menghormati

BBB : video “mari belajar penjodoh bilangan”

6.5 Aras 1
(i) Membaca dan mencari fakta yang relevan.

Petikan teks

Langkah 2 (20 minit)
-       Guru akan mengedarkan petikan kepada setiap kumpulan.
-       Setiap kumpulan akan membaca petikan tersebut
-       Murid akan mengenal pasti penjodoh bilangan dan menandakannya dengan cara menggariskan atau membulatkan perkataan tersebut.

BCB :
 i) Membaca secara bacaan imbasan

ii) Mendengar dengan aktif.

BBB : Petikan 

9.1 Aras 1
(i) Mengeja dan menulis perkataan dan rangkai kata yang dibacakan

Senarai 10 penjodoh bilangan















Lembaran kerja




Gambar-gambar item dan kad perkataan









Senarai 5 penjodoh bilangan

Langkah 3 (15 minit)
-       Guru akan mengarahkan murid untuk mengeluarkan alat tulis (pen dan buku latihan)
-       Guru akan menyebut 10 perkataan penjodoh bilangan
-       Murid akan menyalin perkataan-perkataan atau frasa-frasa tersebut.
-       Selepas selesai menyalin, guru akan meminta murid untuk menghantar buku untuk tujuan penyemakan bagi mengesan murid yang tidak dapat menguasai topik penjodoh bilangan selain daripada pemerhatian yang dilakukan sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran (P&P).
Pengukuhan
-       Guru akan mengedarkan lembaran kerja kepada murid dan lembaran kerja ini akan dilakukan secara berkumpulan.
Pemulihan
-       Murid-murid pemulihan akan disediakan dengan beberapa item (sapu tangan, buku, gula-gula yang bertangkai, bunga, maker pen dan tali).
-       Murid-murid ini dikehendaki untuk melabel item tersebut dengan menggunakan kad perkataan yang telah disediakan.
Pengayaan
-       Murid-murid pengayaan akan diberikan lima penjodoh bilangan.
-       Mereka dikehendaki untuk membina ayat berdasarkan penjodoh bilangan tersebut

KB: menjana idea,
menghubungkaitkan

BCB:
memproses, mencatat dan
melaporkan maklumat, mendengar secara aktif


KP :
intrapersonal,
audio

Nilai : bekerjasama dan menghargai.

BBB : Buku latihan, alat tulis dan senarai penjodoh bilangan, lembaran kerja, gambar item dengan kad perkataan, senarai penjodoh bilangan.




Penutup
(3 Minit)
-       Guru akan bersoal jawab dengan murid mengenai penjodoh bilangan berdasarkan contoh-contoh yang ada disekeliling. Misalnya botol air, pen dan buku.
-       Guru merumus pembelajaran pada hari ini iaitu mengenai penjodoh bilangan.

Nilai-nilai murni:
Bekerjasama, keyakinan, menghormati dan menghargai

No comments:

Post a Comment