Friday, February 3, 2012

Sekolah Kebangsaan Mangkapon Pitas, Sabah.



Pengenalan sekolah
Sekolah Kebangsaan Mangkapon Pitas merupakan sebuah sekolah yang terletak kira-kira 27.5 kilometer dari pekan Pitas. Sekolah ini hanya ada satu sesi persekolahan iaitu sesi pagi sahaja. Selanjutnya, sekolah ini juga terletak di hujung kampung Mangkapon Pitas dan sekolah ini juga digredkan sebagai sekolah gred B iaitu mempunyai jumlah murid sebanyak 171 orang. Sekolah ini dikelilingi oleh kawasan kediaman penduduk kampung terutama bagi penduduk yang bekerja sebagai nelayan. Hal ini kerana kawasan paya berhampiran dengan kawasan kediaman mereka dan ini memudahkan mereka untuk turun bekerja.
Jumlah murid yang menuntut di sekolah ini adalah sebanyak 171 orang. Jumlah murid lelaki adalah sebanyak 88 orang dan 83 orang merupakan murid perempuan. Perkiraan ini termasuklah murid Pra-sekolah dan murid sekolah rendah yang merangkumi Tahun 1, Tahun 2, Tahun 3, Tahun 4, Tahun 5 dan Tahun 6. Jadual 1.0 menunjukkan jumlah keseluruhan murid mengikut jantina dari prasekolah sehingga tahun 6.
Kelas
Jantina
Jumlah
Murid
Lelaki
Perempuan
Pra Sekolah
16
9
25
Tahun 1
15
9
24
Tahun 2
10
8
18
Tahun 3
9
20
29
Tahun 4
16
17
33
Tahun 5
13
10
23
Tahun 6
9
10
19
Jumlah
keseluruhan

88


83

171 Orang
Terdapat 15 orang tenaga pengajar yang bertugas di sekolah ini iaitu guru lelaki sebanyak 9 orang dan guru perempuan sebanyak 6 orang. Mereka juga dibantu oleh 2 orang staf sokongan. Sebanyak 8 orang guru berkelulusan sebagai siswazah manakala 7 yang lain pula bukan siswazah.
Sebanyak 98. 83% murid yang berbangsa bumiputera dan hanya 1.16% murid yang berbangsa Cina. Murid yang berbangsa Bumiputera terdiri daripada suku kaum Rungus, Sungai, Tombonuo dan Bajau. Walau bagaimanapun, suku kaum Rungus adalah suku kaum majoriti yang terdapat di sekolah ini (Dapatan kajian pada Mac 2011). Berikut merupakan beberapa gambar Sk. Mangkapon: 











No comments:

Post a Comment