Saturday, August 14, 2010

PENDERAAN SEKSUAL

  • Maksud : mengambil kesempatan terhadap seseorang melalui perbuatan seksual, perlakuan yang menjurus seksual ataupun perbuatan bersetubuh. Ia sering berlaku kepada kanak-kanak dan remaja kerana mereka adalah golongan yang tidak berdaya. sehubungan itu, penderaan seksual boleh berlaku untuk satu jangka masa yang lama kerana mangsa takut mendapat pertolongan.
Ajaran Alkitab
1. Apakah pandangan Tuhan terhadap ROGOL dan SUMBANG MUHRIM?
  • Ulangan 22: 23-29_Andaikata di suatu kota ada seorang lelaki tertangkap basah ketika bersetubuh dengan seorang gadis yang sudah bertunang dengan orang lain, Maka kamu harus membawa mereka berdua ke luar kota dan merejam mereka sampai mati. Gadis itu mesti dihukum mati kerana dia tidak berteriak meminta pertolongan walaupun dia berada di dalam kota dan suaranya mudah didengar orang. Lelaki itu juga mesti dihukum mati kerana dia bersetubuh dengan seorang gadis yang sudah bertunang, Dengan demikian kamu membasmi kejahatan itu. Tetapi lain halnya jika di kawasan luar kota, seorang lelaki merogol seorang gadis yang sudah bertunang dengan orang lain. Dalam hal itu hanya lelaki itu yang harus dihukum mati. Gadis itu tidak boleh dihukum kerana dia tidak melakukan sesuatu yang menyebabkan dia dihukum mati. Hal ini sama dengan perkara seorang yang menyerang orang lain dan membunuhnya. Gadis itu dirogol di kawasan luar kota dan meskipun dia berteriak meminta pertolongan, tidak ada sesiapa pun yang dapat menolongnya. Andaikata ada seorang lelaki tertangkap basah ketika merogol gadis yang belum bertunang, maka dalam hal itu, lelaki itu mesti membayar mas kahwin sejumlah lima puluh keping wang perak, kepada bapa gadis itu. Gadis itu mesti menjadi isteri lelaki itu kerana lelaki itu telah memaksa dia bersetubuh dengannya. Selama hidup lelaki itu, dia tidak boleh menceraikan isterinya itu.
  • rujukan lain : Imamat 18:1-16 & pasal 20:11-12
  • tindakan bijak utk wanita dan lelaki

  • WANITA : 1. berhati-hati...siapakah kawan-kawan anda?
  • 2. Berjaga! jangan berjalan seorang diri
  • 3. Elakkan berada di tempat dan kawasa yang gelap
  • 4. Fikirkan cara anda berpakaian
  • 5. Awas! adakah anda diambil peluang?
  • 6. Jangan menerima tawaran dari orang yang tidak dikenali
  • 7. Jerit meminta pertolongan jika menjadi mangsa.
Tindakan hidup sihat untuk lelaki
  • Awasi fikiran anda..jauhi porongrafi & perlu mengawal diri.
  • Hormati kaum wanita dalam keluarga, di tempat belajar dan kerja.
  • Bergaul secara sihat iaitu salah satunya tidak mengambil kesempatan.
  • Jauhi minuman alkohol dan dadah.
Dengan hati yang tulus hendaklah engkau memperlakukan wanita muda seperti adik. (1 timotius 5:2)
Oleh itu, perhatikanlah cara hidup kamu dengan baik. Janganlah hidup seperti orang bodoh, tetapi hiduplah seperti orang bijak. (Efesus 5:15)

- sumber : teks yang diedarkan semasa pelayanan di PLKN

No comments:

Post a Comment