TEMA
|
KEKELUARGAAN
|
TAJUK
|
Keluarga Bahagia
|
FOKUS UTAMA
|
Standard Kandungan
|
5.1 Memahami dan menggunakan golongan kata dengan betul mengikut konteks.
|
Standard Pembelajaran
|
5.1.1 Memahami dan menggunakan kata nama am yang mudah dengan betul mengikut konteks.
| |
FOKUS SAMPINGAN
|
Standard Kandungan
|
2.2 Membaca dan memahami perkataan, frasa dan ayat daripada pelbagai sumber dengan sebutan yang betul.
|
Standard Pembelajaran
|
2.2.1 Membaca dan memahami perkataan yang mengandungi dua atau tiga suku kata, diftong, vokal berganding, digraph dan konsonan bergabung dengan sebutan yang betul
|
OBJEKTIF
|
Pada akhir pengajaran, murid dapat:
i. Menyatakan kata nama am yang terdapat dalam ayat dengan betul.
ii. Menulis kata nama am yang telah dipelajari dalam ayat dengan betul.
iii. Membaca dan menyatakan perkataan yang mengandungi dua atau tiga suku kata dengan sebutan yang betul.
|
PENGISIAN KURIKULUM
|
i. Ilmu: Sivik dan Kewarganegaraan.
ii. Nilai: Kasih sayang, mematuhi arahan, kerjasama
iii. KBT: Kemahiran Berfikir
KP : Verbal Linguistik
|
SISTEM BAHASA
|
Tatabahasa: Kata Nama Am
|
MEDIA
|
Petikan, Kad perkataan dan lembaran kerja
|
STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
AKTIVITI
|
PENGISIAN KURIKULUM
|
CATATAN
|
Set induksi
Guru bersoal jawab dengan murid tentang keluarga.
Contoh soalan :
1. Siapakah ketua keluarga?
2. Keluarga terdiri daripada apa?
|
Ilmu: Kewarganegaraan
Nilai:
Kasih Sayang
| |
Langkah 1
1. Guru membimbing murid membaca petikan yang diberi dengan sebutan yang betul secara kelas, kumpulan dan individu.
2. Murid membaca petikan dengan sebutan yang betul dengan bimbingan guru.
3. Guru bersoal jawab berdasarkan petikan yang dibaca.
|
Ilmu:
Kewarganegaraan
Nilai: Kerjasama
Kasih sayang
|
Lampiran 1
Petikan
|
Langkah 2
1. Guru meminta murid menyebut perkataan yang mengandungi suku kata terbuka dan tertutup yang ditunjukkan secara latih tubi.
2. Guru meminta murid mengeja dan membaca perkataan yang ditunjuk secara individu, kumpulan dan kelas.
|
Verbal linguistik
|
Lampiran 2
Kad perkataan
|
Langkah 3
1. Guru membahagikan murid kepada tiga kumpulan.
2. Guru menyediakan kata perkataan kata nama dan meletakkannya pada stesen yang dipilih.
3. Guru meminta wakil setiap kumpulan beredar dari satu stesen ke satu stesen dengan tertib mengikut alunan muzik dan mencari kad perkataan kata nama am.
4. Apabila muzik berhenti, murid akan mencari kad perkataan kata nama am yang diperoleh dari stesen tersebut dan menampal pada papan tulis.
5. Guru meminta murid mengulangi aktiviti itu sehingga semua kumpulan selesai.
6. Guru menerangkan golongan kata nama am yang telah dipelajari.
7. Guru meminta murid mengisi tempat kosong dalam ayat berpandukan gambar.
|
Lampiran 2
Kad perkataan
Lembaran Kerja 1
|
No comments:
Post a Comment