Monday, September 27, 2010

renungan kendiri


bagi orang yang tidak percaya kepada Tuhan Yesus sebagai penyelamat yang tunggal, banyak alasan digunakan bagi melemahkan kepercayaan orang percaya kepadaNya. secara peribadi, sangat menyakitkan hati apabila kita berada di hadapan mereka dan mendengar mereka bercakap tentang apa yang mereka percaya dan sering menyatakan sesuatu yang tidak benar dan percayalah saudara-saudariku sekalian, mereka akan cuba mengaburi mata kita dengan pelbagai bahan bukti kononnya. tetapi bagi sebagai anak-Nya sepatutnya kita berpegang teguh kepada iman kita dan tidak membiarkan pandangan dan kepercayaan kita tergugat hanya disebabkan oleh kata2 yang akhirnya membawa kita jauh daripada kemuliaan Tuhan. God Bless all of us! Kepada semua umat kristian, jangan mudah terpengaruh dengan kata2 orang lain. apapun tepuk dada tanya selera.

Wednesday, September 22, 2010

cerpen ayah

CERPEN “AYAH”

Menitis air mataku tatkala terkenangkan peristiwa lalu. Terasa peristiwa itu baru sahaja berlaku semalam. Memori itu cukup menggamit hatiku dan aku berjanji akan membalas jasa ayahku pada suatu hari nanti. Aku berazam untuk mencapai kecemerlangan dalam pelajaran kerana aku sedar hanya dengan cara ini aku dapat membantu ibu bapaku keluar daripada belenggu kemiskinan. Ibu dan ayahku sering berpesan kejayaan kami pada suatu hari nanti bergantung kepada kesungguhan kami menuntut ilmu semasa di bangku sekolah.

****************************************************************************************************

“Ayah, boleh tolong hantarkan saya dengan adik ke asrama?” pintaku kepada ayah. Ayah setuju dengan permintaanku itu lalu mencapai kunci motosikal Modenasnya yang sudah buruk dimamah usia dan biasanya kami terpaksa menyorong motorsikal tersebut untuk menghidupkan enjinnya. Aku tidak menghadapi masalah menaiki motorsikal tersebut dengan adikku kerana badanku kecil pada ketika itu. Sepanjang perjalanan kami berborak sambik ketawa. Aku berasa bahagia bersama pada saat itu kerana berpeluang berborak bersama dengan ayah dan adik lelakiku. Biasanya, perjalanan dari rumah ke asrama mengambil masa 1 jam suku sekiranya kami menaiki kenderaan. Kadang-kadang kami akan berjalan kaki ke asrama yang memakan masa selama 2 jam setengah.

Kedengaran bunyi enjin motosikal yang tidak menentu mendesak ayahku memberhentikan motosikal tersebut di sisi jalan. Aku dan adik sibuk bertanya kepada ayah dan meminta ayah menghidupkan semula enjin motosikal tersebut. Ternyata malang tidak berbau, ayah tidak berjaya menghidupkan semula enjin motosikal tersebut. Aku mula risau memikirkan ayah akan menyorong motosikal tersebut sehingga sampai ke rumah. Rasa bersalah mula menebal di hatiku. Aku berusaha mengumpul kekuatan untuk mengawal diri daripada menitiskan air mata di depan ayahku. Aku teringin mengikuti ayahku pulang ke rumah dengan harapan kami bersama-sama berganding bahu memikul beban yang ayah hadapi. Namun bagaikan mengerti perasaanku, ayah menyuruh aku dan adik untuk meneruskan perjalanan ke asrama. Aku ingin membantah tetapi lidahku kelu menuturkan kata-kata. Dengan berat hati, aku dan adik melangkah meneruskan perjalanan. Dari pandangan jauh, aku melihat ayah menyorong motosikal tersebut. Aku faham ayah tidak boleh meninggalkan motosikal tersebut di sisi jalan disebabkan langkah keselamatan. Aku hanya mampu berdoa kepada Tuhan agar ayah selamat sampai ke rumah. Tambahan pula sepanjang perjalanan ke rumah, tiada kawasan perkampungan yang boleh dijadikan persinggahan dan meletakkan keselamatan ayahku tidak terjamin. Sepanjang perjalanan ke asrama, aku hanya mendiamkan diri dan terus memikirkan keadaan ayahku.

Pada malam itu, aku tidak dapat melelapkan mataku. Entah bagaimana keadaan ayahku. Terngiang-ngiang di telingaku suara ibu memarahai kami yang apabila kami tidak menyediakan makanan apabila mereka pergi ke ladang. Panas hatiku apabila dimarahi oleh ibu. Pada fikiranku, aku sudah cukup besar untuk dimarahi. Pernah juga aku menyumpah-nyumpah dalam hatiku sendiri apabila aku dimarahi. Pernah sekali ibuku memarahi aku kerana aku tidak mengemas rumah ketika mereka keluar bekerja di kebun. Oleh kerana ingin mempertahankan diri sendiri, aku membalas setiap kata-kata ibuku. Malah aku melarikan diri ke rumah nenekku selama seminggu. Aku langsung tidak mengendahkan ayahku ketika ayah membawaku pulang ke rumah. Banyak perkara yang aku tidak puas hati berlaku dalam hidupku. Kadang-kadang susah bagiku untuk memahami masalah kewangan yang dihadapi orang tuaku. Aku sering bertanya mengapa aku tidak menikmati hidup yang senang dan mewah. Banyak keinginanku tidak dapat dipenuhi.

Oh Tuhan! Betapa besarnya dosaku terhadap ibu dan ayahku. Air mataku mengalir tak putus-putus. Kenapa aku tak menuruti saja permintaan ibu bapaku? Aku hanya mampu berdoa sambil memohon keampunan bagi semua kesalahanku terhadap ibu bapaku. Tuhan itu maha pengampun! Ya! Aku pasti.

Selepas beberapa minggu, cuti kepulangan telah tiba. Sepanjang perjalanan, aku tidak sabar untuk menunggu lagi selama beberapa jam untuk sampai ke rumah. Sesudah sampai di rumah, aku terus mencari kakakku dan bertanya padanya bagaimana keadaan ayah pada hari itu. Kakakku memberitahu bahawa pada masa itu ayah hanya sampai di rumah pada lewat senja. Tambahnya lagi ayahku sangat kehausan kerana dia tidak membawa sebarang air minuman. Aku terkedu mendengar cerita kakakku. Aku dapat bayangkan betapa sengsaranya menyorong sebuah motosikal dengan kudrat ayahku yang sudah mencecah umur 50-an itu. Aku sangat menyesal kerana tidak menjadi anak yang berguna dan membanggakan orang tuaku selama ini. Sesudah itu ayahku menghampiriku. Aku terus berlari memeluk ayah dan meminta ampun akan semua kesalahanku. Aku tidak menghiraukan lagi kehadiran adik-beradikku. Aku menangis sepuasnya. Biarlah ayah menyedari jauh dalam lubuk hatiku aku sangat menyayangi mereka. Aku tidak ingin menjadi anak derhaka. Tidak mungkin!

Sejak peristiwa itu, aku sudah nekad untuk menjadi anak yang baik. Tidak akan menyakiti hati orang tuaku. Walaupun aku malas membuat kerja di rumah namun kugagahi untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang anak.

****************************************************************************************************

Kini aku telah berjaya. Aku berjaya mencapai cita-citaku sebagai seorang arkitek. Siapa kata anak bapa tidak boleh berjaya? Senyuman terlukis lebar di bibirku. Aku percaya semua ini hasil daripada doa orang tuaku serta orang-orang yang menyayangi aku. Satu hal yang kusyukuri adalah aku masih berpeluang memberikan orang tuaku kehidupan yang lebih baik. Kini mereka tidak perlu bekerja di kebun. Biarlah pada masa tua merupakan masa bersenang-lenang buat orang tuaku. Aku sangat bersyukur kerana dikaruniakan orang tua yang sangat prihatin terhadap kebajikanku dan adik-beradikku. Dialah ayahku yang paling hebat di antara ayah yang ada di dunia ini. Terima kasih ayah!